Koma akibat makan coklat

Seorang lelaki berusia 44 tahun bertindak memecah masuk ke sebuah firma kewangan yang terletak di Seattle, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perkara yang terjadi adalah sebaliknya.

Perompak itu tidak mampu untuk menahan dirinya daripada mengambil coklat mewah yang tersembunyi di sebalik lukisan di dinding. Lelaki itu langsung terus memakan coklat yang dianggarkan bernilai $200 (RM836) ketika dia giat merompak sebelum terlelap akibat terlalu penat.

Pada mulanya, lelaki itu menggunakan lif untuk ke firma berkenaan dan dia menggoncang kasar pintu pejabat tersebut. Walau bagaimanapun, dia tidak tahu bahawa terdapat pekerja yang sedang bersembunyi di dalam pejabat berkenaan selepas melihat kelibatnya.

Pekerja itu menyaksikan bagaimana lelaki itu terlelap sebelum dia dilaporkan berada dalam ‘koma makanan’ akibat coklat berkenaan.

Apabila pengawal keselamatan tiba di lokasi kejadian untuk membawanya keluar, lelaki itu sudah terbaring di atas sofa dan sempat menanggalkan jam tangan, jaket dan kasut miliknya sebelum dia tidur.

Suspek dilaporkan menjerit kepada pengawal keselamatan selepas mereka cuba untuk membawanya keluar, “Awak perlu membunuh saya dahulu untuk membawa saya ke penjara.”

Walau bagaimanapun, perkataan tersebut hanya sekadar ucapan yang keluar daripada bibir sahaja kerana dia kemudiannya membuat keputusan untuk menyerah kalah.

Lelaki itu diberkas atas tuduhan merompak dan mempunyai niat jahat untuk melakukan kerosakan. Terdapat dua waran tangkapan lain yang dikeluarkan terhadap perompak berkenaan.

Sumber:

World of BuzzBusiness Insider, https://iamlejen.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *