Selamat Datang Ke Sawanah

Kepakaran kami adalah membantu ibu-ibu yang ingin dapatkan minuman coklat premium yang berkhasiat untuk anak-anak mereka dengan menggunakan koko premium alkali dan gula nano

Tentang Kami

Sawanah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2016, dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sawanah Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Sawanah Wow Sdn Bhd adalah 100% milik bumiputera. Syarikat di bawah naungan pengarah, Hasliza Bt Hussin ini, mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali.

Sawanah Sdn Bhd menjadikan penghasilan produk minuman sebagai produk utama syarikat. Oleh itu, kami mempunyai sasaran jangka masa panjang untuk menjadi pembekal minuman keluaran produk Muslim terbaik setanding dengan pasaran produk minuman lain yang menguasai bidang ini.

Keistimewaan produk minuman kami ialah menggunakan kandungan yang berkhasiat sebagai keutamaan selain harga yang dipasarkan adalah berpatutan dan mampu milik untuk semua golongan.

Antara produk minuman yang dikeluarkan adalah Sawanah Koko, Labana Susu Kambing, Sawanah Teh Kelulut, Sawanah Cafe dan juga Teh Uncang Sawanah. Kini produk minuman ini kian mendapat tempat di pasaran.

Dari awal penubuhan sehinggalah kini kami mempunyai hampir 900 orang pengedar yang sah berada di seluruh Malaysia. Para pengedar ini akan sentiasa dipantau dan dibimbing sepenuhnya oleh 20 orang ahli team kami yang sama-sama berusaha menaikkan lagi nama syarikat.

Disamping itu, sasaran kami ingin mewujudkan lebih ramai lagi usahawan berjaya dikalangan pengedar dengan menjual produk-produk Sawanah.

Kami yakin dengan usaha selama ini dan akan terus maju dan memberikan yang terbaik demi membentuk generasi yang berdaya saing pada masa hadapan.

Visi Kami

Menjadi Peneraju Minuman Berkhasiat Seisi Keluarga Bertaraf Global

Lihat sijil
Lihat sijil
Lihat sijil