Tips handle anak

Mesti stress, bila kita cakap, anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Buat senang nak bagi anak dengar kata!

Walaupun, ibu bapa banyak menghabiskan masa bercakap kepada anak-anak, ada kalanya tanpa disedari, mereka amat jarang mendengar luahan anak-anak. Selalunya, apabila berlaku waktu yang “panas”, amat sukar untuk ibu bapa menghentikan pertengkaran anak-anak.

Anda perlulah belajar cara yang lebih baik untuk berbicara dengan anak-anak supaya mereka mendengar dan anda tidak perlu bersusah payah.

Mendidik anak adalah salah satu tugasan yang amat mencabar dalam hidup. Untuk melindungi dan membesarkan anak-anak yang berdisiplin, ada ibu bapa yang menggunakan kuasa autoriti sebagai ibu dan bapa.

Ini membuatkan anak-anak terpaksa akur dan tidak dapat bersuara dalam rumah sendiri. Ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memberikan apa jua yang anak inginkan.

Kedua-dua cara didikan di atas berbentuk ekstrim dan tidak bagus untuk pembesaran anak-anak. Perlulah ada keseimbangan dan penuh dengan budi bicara yang sihat dan rasional. Cara anda bercakap dengan mereka akan mengajar mereka cara bercakap dengan orang lain dan cara anda bercakap juga menentukan sama ada anak-anak akan mendengar atau tidak dan bagaimana tindak balas mereka.


1. GUNAKAN BAHASA YANG BAIK DAN HALUS

Tiada orang yang suka mendengar nada yang negatif. Elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda. jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan baik.

2. RENUNG MATA ANAK ANDA SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Sebelum memberi arahan, melutut dihadapan anak anda supaya level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia memberi perhatian pada anda. Anda perlulah bersabar jika anda melakukannya untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya.

3. SEBUT NAMA ANAK SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

Adalah dinasihatkan untuk memberhentikan apa jua tindak balas atau jawapan anak anda, supaya mereka mendengar pesanan anda dengan teliti.

4. PASTIKAN PESANAN ANDA RINGKAS DAN JELAS

Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas.

Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

Sumber : https://siraplimau.com/petua-supaya-anak-dengar-cakap/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *