Setiap wanita yang ingin menyusu badan dia mengalami msalah yang berbeza beza. Semestinya sebabnya rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Ada setengah wanita, dia beranggapan, bila dia dah bersalin, pada hari pertama susu dah keluar banyak. Sebenarnya, anggapan itu salah. Hari pertama atau hari kedua sebenarnya yang keluar itu adalah susu yang sangat nipis dan yang sangat cair yang berwarna kuning atau nama gelarannya ialah kolostrum. Kolostrum ini sangat tinggi dengan antibodi. Maka ibu wajib memberi pada anak. Ramai ibu yang salah faham, mereka beranggapan bahawa susu tersebut mempunyai nanah, bisa dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, susu itu jangan dibuang sebaliknya diberikan pada anak.
Bila susu putih akan keluar ?
Susu putih kluar apabila baby start suckling puting dgn betul dan susu putih akan mula keluar secara perlahan.
Susu putih keluar bergantung pada ibu. Ada yang keluar sehari selepas bersalin. Ada yang keluar 3 hari selepas bersalin.
Ibu-ibu kena faham apa itu kolostrum dan posisi untuk menyusu anak. Bila ibu tidak faham posisi, anak akan susah untuk suckling dan ini akan menggangu proses penyusuan dan bonding antara anak dan ibu. Semoga bermanfaat !