Kopi minuman yang dihasilkan daripada biji kopi. Di negara Arab ianya dikenali dengan nama kahwa dan di negeri Terengganu, ianya juga digelar dengan nama kawa.
Antara khasiat utama kopi ialah ianya memberikan tenaga kepada sesiapa yang menikmatinya. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan, tidak hairanlah minuman ini sangat digemari ramai.
Tercari-cari tentang jenis kopi di dunia dan khasiat-khasiatnya? Untuk itu, berikut kami senaraikan 9 jenis kopi untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Latte
Berdasarkan dari namanya, anda pasti sudah tahu yang bahan utama jenis kopi latte ini ialah kopi dan susu. Minuman ini boleh disajikan secara panas dan sejuk, bergantung kepada citarasa sendiri. Kandungan kopinya pula agak kurang berbanding yang lain.
Untuk menyediakannya, anda perlu tuang kopi ke atas buih susu atau bancuh bersamanya. Untuk rasa yang lebih berkrim, lebihkan sahaja jumlah susu.
#2 Mocha
Jenis kopi ini iaitu mocha yang juga disebut mochaccino, adalah jenis latte yang berperisa coklat. Namanya berasal dari kota Mocha, Yaman, yang merupakan salah satu pusat perdagangan kopi yang terawal di dunia.
Berbanding latte, mocha mempunyai kandungan kafe yang lebih tinggi. Memandangkan ianya mempunyai kandungan coklat yang tinggi, rasanya juga manis.
Mocha mempunyai buih susu di atasnya, sama seperti latte. Jika suka, anda juga boleh meletakkan krim putar di atas buih susu untuk rasa kopi yang lebih berkrim dan manis.
#3 Espresso
Ini merupakan salah satu jenis kopi di dunia yang wajib anda tahu – espresso. Ianya boleh dikatakan antara jenis kopi utama yang digunakan dalam kebanyakan jenis kopi yang lain.
Espresso adalah kaedah pembuatan kopi yang berasal dari Itali, di mana sebilangan kecil air mendidih diletakkan pada tekanan atmosfera 9-10 bar melalui biji kopi yang digiling halus.
Memandangkan ianya mempunyai kandungan kafein yang tinggi, espresso selalunya dihidangkan dalam jumlah yang sedikit. Walaupun begitu, anda masih akan berasa bertenaga setelah menikmatinya.
#4 Americano
Jika anda gemarkan kopi yang kandungan kafeinnya tinggi, inilah jenis kopi yang wajib anda cuba. Ianya mempunyai 94-150 miligram kafein, bergantung kepada jumlah espresso yang ditambah.
Rasa Americano ialah lemak dan pekat, namun tidak terlampau manis. Jika anda inginkan rasa kopi yang lebih kuat, tambah atau pesan sahaja espresso yang banyak.
#5 Kapucino
Walaupun kelihatan hampir sama dengan latte, kapucino tidak menggabungkan espresso dan susu sekaligus. Susu untuk kapucino dituang di atasnya manakala latte menggabungkan susu bersama espresso sekaligus.
Untuk menyedapkan lagi rasanya, anda boleh tambah serbuk koko atau coklat parut di atas buih susunya. Bukan sahaja menggandakan keenakkannya, malah rupanya juga akan kelihatan lebih menarik.
#6 Kopi Putih
Ini juga merupakan antara jenis kopi yang cukup terkenal – kopi putih. Warna kopinya tidak putih, namun lebih cerah berbanding jenis kopi yang lain.
Kualiti biji kopi yang digunakan untuk mengasilkan kopi putih ini memang tinggi. Ianya akan dipanggang sehingga bertukar kekuningan dan ianya dipanggang dalam masa yang singkat untuk menjaga kemanisan bijinya.
#7 Kopi Vietnam
Nama jenis kopi ini sentiasa disebut oleh kebanyakan pencinta kopi – kopi Vietnam. Kepekatan kopi Vietnam ini memang boleh bikin sesiapa sahaja ketagih setelah merasainya.
Di Vietnam, ianya dikenali sebagai cà phê đá. Cà phê đá ini dibuat menggunakan kopi panggang sederhana gelap dari kasar yang ditanam di Vietnam. Minuman ini dihidangkan sejuk, jadi ianya memang menyegarkan tekak.
Minuman ini juga boleh diminum dengan susu pekat – satu cara hidangan yang popular di Vietnam. Di Malaysia, kopi Vietnam ada disajikan di kebanyakan kafe dan restoran, memang best!
#8 Kopi Luwak
Kopi luwak – jenis kopi ini pasti sudah terbiasa didengari, bukan? Kopi luwak adalah kopi yang terdiri dari ceri kopi yang dimakan dan dicernakan secara separa oleh musang sawit.
Disebabkan kerumitan untuk memperoleh biji luwak, harga kopi luwak ini selalunya mahal dan ianya juga sangat eksklusif. Namun, kualiti biji luwak ini sememangnya tinggi jadi harganya sudah berbaloi.
Anda pasti tertanya-tenya tentang rasanya, bukan? Kopi luwak ini mempunyai rasa dan aroma yang cukup memikat. Rasa manisnya juga tidak terlampau, secukup rasa sahaja.
Bagi memastikan kualitinya terjaga, anda seharusnya cuba kopi luwak yang biji luwaknya diperoleh secara semulajadi.
#9 Kopi Turki
Cara untuk membancuh kopi ini juga cukup mudah. Anda hanya perlu menampurkan serbuk kopi Turki bersama gula dan air panas untuk menikmati rasa kopi yang cukup sempurna.
Anda juga boleh menyediakannya menggunakan mesin kopi. Di Turki, mereka menggunakan mesin kopi khas yang dikenali dengan nama cezve, sangat unik!
#10 Sawanah Cafe
Air kopi yang terakhir ialah Sawanah Cafe. Mengandungi beberapa bahan2 yang unik antaranya seperti, tongkat aji samad.
Sesuai untuk semua minum. Bau aromanya yang sangat memukaukan. Sesuai untuk coffee lover mencuba minuman ini.
Sumber : https://saji.my/jenis-kopi-di-dunia/,Nurul Hani