Anda pernah tak pergi ke shopping mall bawa anak. Bila lalu di depan kedai mainan, tiba-tiba anak anda membentak nak mainan itu. Tapi anda tak layan. Dia pun terus menangis, berguling-guling atas lantai mall. Masa tu, orang ramai tengah tengok.
Saya percaya, mungkin mama di luar sana pernah menghadapi situasi anak tantrum di khalayak ramai. Untuk pengetahuan, tantrum ialah satu perkara yang biasa dikalangan kanak-kanak. Tetapi, hendak diingatkan juga, ada tantrum yang tidak okey untuk anak-anak iaitu Tantrum Melampau
Apa itu Tantrum Melampau ?
Tantrum melampau ialah tingkah laku kanak yang tidak mendapat sesuatu barangan seperti mainan atau kehendak di mana ia akan mula memberontak atau membentak dengan mencederakan atau membahayakan diri sehingga terluka.
Seterusnya, ialah Sensory processing disorder. Sensory processing disorder ialah kecelaruan deria, bau atau rasa. Sebagai contoh, anak-anak tak suka dengar bunyi vakum yang kuat, dia akan menutup kedua belah telinganya kerana merasakan menjengkelkan. Ada setengah budak, suka melihat kipas yang berpusing kemudian rasa teruja dan gelak. Ini juga merupakan perkara biasa buat anak-anak yang sedang membesar.
Dan yang terakhir ialah, Separation Anxienty. Perkara ini akan terjadi di mana anak-anak tak nak berpisah dengan ibu.
Si anak akan berasa tidak tenang hidup bila ibu akan meninggalkan mereka. Sebagai contoh, menghantar anak ke prasekolah. Anak akan membuat membuat perangai seperti menangis dan merayu supaya ibu tidak meninggalkan mereka disitu.
Ada situasi di mana si ibu masuk ke bilik air sekejap, anak-anak dah mencari. Bertabahlah wahai ibu. Sungguh besar cabaran dan dugaan untuk membesarkan si anak.