Anak Memilih Makanan

Pernah tak Mama risau apabila anak memilih untuk makan makanan tertentu saja dan tidak mahu makan apa yang kita hidangkan? Sampaikan satu tahap, mungkin Mama akan hilang sabar menghadapi perangai anak yang terlalu memilih makanan.

Isu anak memilih makanan atau lebih dikenali sebagai Picky Eater sangat biasa di zaman sekarang ini. Ini boleh jadi, anak-anak sangat cerewet untuk makan makanan orang dewasa. Ini kerana, makanan orang dewasa agak “heavy” berbanding makanan anak-anak. 

Ada beberapa ciri-ciri untuk anak-anak yang memilih makanan. Antaranya :-

1. Memilih rasa hanya satu makanan sahaja

Anak-anak mempunyai satu sikap memilih makanan yang sesuai dengan diri dia sahaja. Sebagai contoh, kalau anak suka memakan makanan yang pedas, dia hanya akan tumpu pada makanan yang pedas sahaja. Ada sesetengah suka makan makanan yang mempunyai rempah tapi ada sesetengah tidak boleh bertoleransi dengan rasa masin dan manis ikut peringkat tertentu. 

2. Memilih tekstur sesuatu makanan 

Selain memilih rasa, anak-anak juga suka lebih tertarik pada makanan yang mempunyai tekstur rangup seperti biskut kering dan dll. Tapi, ada sesetengah kanak-kanak akan elakkan dari memakanan makanan yang lembik atau slimey. sebagai contoh, bubur. Ada yang boleh makan dan ada yang tidak akan makan. 

Ini kerana, tesktur bubur tersebut terlalu lembik dan akan menyukarkan kanak-kanak untuk menelan. Kalau mama semua perasan, setiap kali, hendak suap bubur pada anak, mesti ada yang akan termuntah dan ada yang buat muka pelik sebagai signal tidak suka akan makanan tersebut.

3. Memilih jenis makanan yang tertentu

Anak-anak kalau sukakan sesuatu makanan itu, dia akan teruskan makan setiap hari. Mama – mama di luar sana, boleh pelbagaikan menu yang bersesuaian kepada anak-anak tapi akan mengambil masa sedikit untuk mereka menerima perisa baru kerana mereka sudah biasa makan makanan yang digemari setiap hari. 

Tapi perkara ini tidak menjadi masalah, asalkan anak-anak masih makan. Paling tidak bagus, kalau anak dah cecah 3 tahun tapi masih tiada selera makan mahupun memilih makanan. Segeralah mama mendapatkan nasihat doktor. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *