7 Tips pemakanan secara asas untuk ibu-ibu yang menghidap GDM diluar sana untuk mengawal gula dalam darah supaya berada dalam lingkungan yang normal.
Bagi pesakit GDM, amat penting untuk mereka jaga waktu makan.Kenalah makan pada yang tetap iaitu 3 hidangan utama sarapan pagi, tengahari dan waktu malam.
Contoh waktu saranan untuk sarapan ialah jam 7 am, 8.30 am. Kalau waktu tengahari, dalam jam 12pm-2pm. Manakala malam, 6pm – 8pm. Ini bagi memastikan gula dalam darah itu supaya naik dengan cantik.
Yang kedua, pastikan makan dalam kuantiti yang kecil. Setiap kali makan, pastikan jangan melebihi had. Tetapi, nak diingatkan kenaikan bergantung kepada pemilihan jenis karbohidrat yang anda ambil.
Ada 2 jenis karbohidrat iaitu ringkas dan komplex.
Contoh karbohidrat ringkas ialah seperti gula pasir, gula perang, susu pekat manis, jem dan macam macam lagi. Dan jenis karbohidrat komplex pula ialah nasi, roti dan makaroni.
Ibu-ibu perlu mengawal pengambilan gula dalam darah secara perlahan. Selain itu, tingkatkan pengambilan serat. Ibu-ibu perlu tingkatkan pengambilan serat sebanyak 3 jenis hidangan sayuran dan juga 2 hidangan buah buahan dalam seharian.
Ada orang takut nak ambil buah nanti gula naik. Ada yang betul dan ada yang salah.
Buah mengandungi gula dan meningkatkan paras gula tetapi tidak sekiranya mengikuti saranan.
Selain dari itu, hadkan makanan yang bergoreng. Kita mestilah mengutamakan cara memasak, dan sewaktu membeli makanan, utamakan memilih produk yang memiliki rendah lemak.
Selain itu, elakkan makan makanan Fastfood. Makanan ini semestinya boleh menyebabkan berat badan naik. Dan yang terakhir, amalkan konsep pinggan sihat. Bila makan nasi, pastikan setiap pinggan ada sayur.