Bawa anak keluar ke Mall atau pusat membeli belah pun perlu mak ayah titikberatkan. Jika tak jaga dengan betul boleh mengundang bahaya kepada anak itu sendiri.
Bagaimana mak ayah boleh bawa anak-anak berjalan-jalan di mall atau pusat membeli belah dengan selamat. Tipnya dikongsikan mengikut peringkat usia anak-anak.
Semasa membawa anak ke pusat membeli belah, apakah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa.
- Keperluan dan kelengkapan anak-anak seperti pampers, susu, pakaian persalinan, topi, tuala kecil atau sapu tangan, makanan dan juga peralatan lain seperti kereta sorong, bekas berisi air masak, bekas berisi air panas (untuk penyediaan susu formula) beg galas berisi keperluan anak-anak, dan sebagainya.
- Kondisi kesihatan anak-anak.
- Lokasi dan kesesuaian pusat membeli belah seperti pengetahuan tentang kemudahan yang disediakan
- Kesesuaian pakaian anak-anak mengikut tempat yang dilawati. Dielakkan mengenakan pakaian tebal kepada anak-anak jika mengunjungi tempat yang sesak dengan orang ramai, panas dans ebagainya kerana dikhuatiri menimbulkan kesan tidak selesa serta jangkitan lain terhadap badan anak.
- Pakaian ibu bapa juga harus sesuai dan selesa. Tidak terlalu sarat dengan perhiasan diri (brooch yang sarat jika bertudung, barang kemas yang sarat, pakaian yang terlalu ketat atau terlalu labuh, kasut yang bertumit atau licin). Pemakaian ibu bapa mempengaruhi keselesaan kepada anak-anak juga. Silap haribulan, pemakaian ibu bapa yang tidak sesuai menyebabkan kecederaan pada ibu bapa dan kesannya juga kepada anak-anak.
- Persediaan perjalanan jauh memerlukan persediaan yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak. Perlu diingatkan bahawa penyediaan bekalan makanan untuk kanak-kanak terutamanya bayi amatlah penting keranan makanan kanak-kanak tidak terdapat di pusat membeli belah. Sebaik-baiknya minuman mereka seperti air kosong/ mineral dan susu serta bekalan air panas perlu dibawa dalam bekas khas untuk kemudahan apabila diperlukan.
- Keselamatan dan keselesaan bayi perlu diutamakan. Bayi sememangnya lebih selesa untuk tidur dalam dakapan orang dewasa. Pun begitu, jika ibu merasa penat untuk mendukung bayi, maka dinasihatkan untuk meletakkan bayi di dalam kereta sorong bagi tidur yang lebih lena dan selesa.
Sumber : https://nettyahhiyer.com/panduan-bawa-anak-ke-pusat-membeli-belah-majalahkeluarga/